CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 18 Februari 2009

Selangor VS Kelantan - 28 Feb. 2009




Ini adalah gambar semasa Kelantan vs Selangor dalam Piala Malaysia tahun lepas.Aku adalah salah sorang dalam ribuan penyokong Kelantan yang memenuhi Stadium Shah Alam.Walaupun Kelantan kalah 1-4 masa tu...tapi dari segi penyokong, penyokong Kelantan hampir atau menyamai penyokong Selangor. Kemeriahan sorakan penyokong Kelantan masa tu betul2 membakar semangat pemain Kelantan.Walaupun kalah,tapi moral dan semangat yang ditunjukkan mengatasi segalanya.
Dan semestinya 28hb Februari depan, satu lagi pertembungan hebat dan menarik bakal berlaku di Stadium Shah Alam. Kelantan, pendahulu Liga Super buat masa ini,akan berdepan dengan cabaran tuan rumah, Selangor dalam perebutan tangga teratas liga. Kemenangan akan menyaksikan Kelantan akan menjarakkan diri pada 6 mata dengan Selangor. Tapi jika Selangor menang, kemungkinan Kelantan akan turun ke tangga kedua berdasarkan perbezaan gol. Walau bagaimana pun, dengan sokongan padu penyokong Kelantan di serata Lembah Kelang yang dijangka memenuhi Stadium Shah Alam Sabtu depan, saingan sengit pasti dijelmakan oleh barisan terbaik Peter Butler. Kelantan akan meneruskan rentak kemenangan buat kali ke 7 berturut2 dengan mengekalkan sebagai satu2nya pasukan yang belum pernah tewas setakat ini (tidak mengambil kira kekalahan percuma Kelantan menentang pasukan ke 15 liga iaitu FAM).
Dengan semangat dan emosi yang menyala2 sekarang, dengan seluruh sokongan dan doa penyokong dan peminat Kelantan keseluruhannya....Selangor akan terkulai lagi di arena sendiri...InsyaAllah.
!! GOMO KELATE GOMO !!