CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 22 Februari 2009

Sedih Aku Pedih...

28 Feb ni...Selangor vs Kelantan di Shah Alam.Perubahan jadual oleh FAM yang menyebabkan aku terseksa jiwa raga kerana pada tarikh tu aku ada komitmen lain. Ini antara perlawanan tumpuan buat masa ni.Tapi aku terpaksa lupakan sejenak (walaupun hati dan ingatan aku tetap berada di Stadium Shah Alam nanti) perlawanan tu.Aku mungkin cuma akan mendapat info game tersebut melalui sms dari kdners yang lain.Yang mungkin sedang meraikan kemeriahan ribuan penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam.Penyokong Kelantan berkunjung ke SSA untuk memberi sokongan moral dan semangat pada pasukan Red Warriors untuk mengatasi pasukan Red Giant.'The Red' manakah yang akan lebih berkuasa di persada liga?
Hati kecik aku sedih dan kecewa kerana aku KEMUNGKINAN BESAR 99% takkan dapat pergi ke SSA.Sesuatu yang aku amat2 nantikan walaupun kerenah FAM yang mengubah jadual asal sebenarnya telah mengganggu gugat aku pada komitmen lain itu.Kalau lah diberi keizinan,aku lebih suka untuk ke SSA menyaksikan perlawanan tersebut.Tapi bukan rezeki aku untuk ke SSA tahun ni.Sesuatu yang amat mengecewakan.
Kecewa.Apapun Kelantan tak terjejas walaupun tanpa kehadiran aku ke SSA.Aku bukan penentu kemenangan Kelantan,bukan juga penentu kekalahan Kelantan.Tapi bila tidak ada bersama merasai 'kenikmatan' perlawanan tu....kecewa la jugak.
Hmmm pada yang tak faham...takkan faham apa yang aku katakan ni.
Sekian je lah.