CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 3 Februari 2009

Bila sampai masanya...

Pagi tadi, enee ada kol aku..sembang skit selepas lama tak bersembang panjang. skit sebanyak bertanyakan dirinya yang telah kehilangan ibu tersayang akibat kanser hati 2 minggu lepas. "...hmmm suatu kekurangan yang terasa tetapi tak berdaya nak dihalang atau di ubah.."
Aku pun terfikir, bagaimana aku akan menhadapi hari2 dan perasaan yang sama dengan orang lain...ibu (mama) akan meninggalkan kita dahulu (atau kita yang meninggalkan ibu dahulu)...seriusnya aku hanya kenal mama aku. walaupun ayah aku meninggal ketika umur aku dalam 4 tahun, tetapi tidak ada sekelumit pun kenangan yang mampu aku ingati ketika ayah masih hidup. aku mungkin terlalu kecil utk mengingati sesuatu perkara yang sekarang ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yg amat besar dan berharga. Pada aku...mama aku adalah segalanya. setiap kali aku berusaha utk tidak pernah menyakiti hati dan perasaan mama aku walaupun aku tahu aku bukanlah anaknya yang baik.
masa aku di kolej...mama penah masuk wad kerana darah tinggi/kencing manis...tapi mama pesan pada semua supaya jangan bagitau aku yang mama masuk wad masa tu.alasan mama, aku sedang final exam (kalau tak silap..).bila aku dapat tahu...terus aku balik dan melawat mama di hospital. dalam perjalanan, sedikit rasa kecewa kerana mama tergamak tak bagitau yang dia masuk wad kerana sakit...tapi bila difikirkan mama mungkin taknak mengganggu aku...aku sedar yang aku tak boleh nak sedikit pun rasa atau fikir yang bukan2 pada mama.
aku terlalu sayangkan mama aku. dan aku tahu semua manusia yang waras di dunia ni pun akan menyayangi ibu masing2. ibu hanya seorang...tidak akan ada pengganti. selama ibu masih ada, hargai lah sedaya mana kita termampu. pada aku juga, aku sentiasa ingatkan diri...mama adalah mama.tidak akan ada mama lagi selepas mama tiada.
apa aku nak fikir bila sampai masanya itu?