CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 30 Januari 2009

Pendatang asing tanpa izin - ISA

Semalam dalam rancangan TV3, 999 ada pasal pendatang tanpa izin yang masuk menyeberang Selat Melaka melalui pantai Selangor (kalau tak silap). Dorang ni masuk dengan dikenakan bayaran RM600 seorang melalui tekong2 yang menggunakan perahu dan tongkang untuk menyeludup mereka masuk ke Malaysia. Pada pendapat aku la...kerajaan kena pandang serius jenayah meyeludup pendatang tanpa izin ni. Sebabnya, keselamatan dan kedaulatan negara diceroboh sesuka hati dengan bantuan tekong2 atau orang dalam yang mengaut keuntungan besar dengan kegiatan ni. Kenapa tidak kerajaan menggunakan ISA dalam membanteras kegiatan yang berleluasa ni. Kenakan ISA pada mereka yang terlibat dengan alasan menggugat keselamatan negara. Bukan ke itu tujuan utama ISA diwujudkan? Mana tahu dalam ribuan pendatang yang masuk itu, ada perisik atau orang2 yang terlibat dalam mencari kelemahan negara yang boleh menggugat keselamatan negara? Sejarah konfrontasi negara jiran terhadap negara kita dulu boleh dijadikan pedoman.
Kuatkuasakan ISA pada tekong2 atau mana2 individu yang terlibat dalam penyeludupan pendatang asing ini supaya menjadi pengajaran pada yang lain. Ambil serius sebagaimana kerajaan menjadikan dadah sebagai musuh nombor 1 negara.

Rabu, 28 Januari 2009


Muhamad Naufal Darwish - anak kedua aku...juga lelaki. Dilahirkan pada 22 Jun 2007 dengan berat 3kg. Tidak seperti abangnya, Aiqal yang lebih tegap dan berisi...Awish kekal dengan tubuh yang sederhana walaupun dia kuat makan. Sikapnya yang manja, suka merajuk (stail sedikit berbeza daripada Aiqal)...tetapi keletahnya membuatkan sesiapa pun tersenyum. Nakal...jarang sekali Awish boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama...ada je benda yang nak diusiknya. Dan yang paling penting...dia lah yang tidur paling buas.
Muhammad Afiq Aiqal Bin Mohd Hafiz. Anak sulung aku yang dilahirkan pada 05 Sept 2005 dengan berat 3.65kg. Sikapnya yang nakal, kuat merajuk, garang dan cepat terpengaruh dengan apa yang didengar dan dilihatnya. Paling suka menyakat adiknya, Awish yang lebih manja. Kegemaran Aiqal ialah suka bershopping - walaupun skadar window shopping (takdenya nak window2 kalu dah mengamuk nak suruh beli mainan)...dia hanya kenal Carrefour (disebut KayPor) ... tak kisah la samada supermarket tu KB Mall, Tesco waima Bilal sekalipun...semuanya tetap KayPor pada dia.

FAM - apa keputusannya ??

Aku dan jutaan peminat dan penyokong bolasepak Kelantan masih sabar menunggu apa keputusan selanjutnya dari FAM berhubung hukuman yang dikenakan kepada KAFA selepas didapati bersalah tanpa bicara pada 7 Januari lepas. Keputusan yang membunuh semangat skuad dan penyokong Kelantan. Hukuman mati mandatori.

Bismillah...

Hari ni secara rasminya aku memulakan langkah untuk belajar sesuatu yang baru bagi aku - blog. Mungkin pada orang lain, blog ni benda yang dah alah bisa, tegal biasa.