CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 8 Julai 2009

Aku...

Hari ni aku terpaksa hadapi suatu keadaan yang baru.Sesuatu yang tak biasa aku lalui selama ni.Apa yang boleh aku anggapkan sebagai 'kehilangan'.Sesiapa pun taknak untuk merasai kehilangan.Orang tersayang,harta benda,haiwan peliharaan kesayangan,atau apa jua yang dirasakan sebagai disayangi.
Berusaha dan berikhtiar supaya kita tidak akan pernah merasai akan kehilangan tu.Buatlah sedaya mampu yang boleh.Berdoa dan tawakal supaya bukan kita yang akan kehilangan tu.
Tapi...
Bila akhirnya terjadi juga kehilangan tu,apa yang harus kita buat?Apa yang harus kita pertimbangkan?Apa yang penting lagi selepas kehilangan tu?Mampu dan tabahkah kita untuk menghadapinya?Bagaimana?
Bertahun kita jaga,belai,siram,bajai dengan segala yang terbaik...akhirnya kita lupa bahawa ia juga perlukan cahaya matahari untuk menyinari diri ia supaya ia sentiasa hidup dengan sihat...hidup dengan segar...hidup dengan penuh makna.
Tapi aku?....