CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 30 Januari 2009

Pendatang asing tanpa izin - ISA

Semalam dalam rancangan TV3, 999 ada pasal pendatang tanpa izin yang masuk menyeberang Selat Melaka melalui pantai Selangor (kalau tak silap). Dorang ni masuk dengan dikenakan bayaran RM600 seorang melalui tekong2 yang menggunakan perahu dan tongkang untuk menyeludup mereka masuk ke Malaysia. Pada pendapat aku la...kerajaan kena pandang serius jenayah meyeludup pendatang tanpa izin ni. Sebabnya, keselamatan dan kedaulatan negara diceroboh sesuka hati dengan bantuan tekong2 atau orang dalam yang mengaut keuntungan besar dengan kegiatan ni. Kenapa tidak kerajaan menggunakan ISA dalam membanteras kegiatan yang berleluasa ni. Kenakan ISA pada mereka yang terlibat dengan alasan menggugat keselamatan negara. Bukan ke itu tujuan utama ISA diwujudkan? Mana tahu dalam ribuan pendatang yang masuk itu, ada perisik atau orang2 yang terlibat dalam mencari kelemahan negara yang boleh menggugat keselamatan negara? Sejarah konfrontasi negara jiran terhadap negara kita dulu boleh dijadikan pedoman.
Kuatkuasakan ISA pada tekong2 atau mana2 individu yang terlibat dalam penyeludupan pendatang asing ini supaya menjadi pengajaran pada yang lain. Ambil serius sebagaimana kerajaan menjadikan dadah sebagai musuh nombor 1 negara.