CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 8 Julai 2009

Aku...

Hari ni aku terpaksa hadapi suatu keadaan yang baru.Sesuatu yang tak biasa aku lalui selama ni.Apa yang boleh aku anggapkan sebagai 'kehilangan'.Sesiapa pun taknak untuk merasai kehilangan.Orang tersayang,harta benda,haiwan peliharaan kesayangan,atau apa jua yang dirasakan sebagai disayangi.
Berusaha dan berikhtiar supaya kita tidak akan pernah merasai akan kehilangan tu.Buatlah sedaya mampu yang boleh.Berdoa dan tawakal supaya bukan kita yang akan kehilangan tu.
Tapi...
Bila akhirnya terjadi juga kehilangan tu,apa yang harus kita buat?Apa yang harus kita pertimbangkan?Apa yang penting lagi selepas kehilangan tu?Mampu dan tabahkah kita untuk menghadapinya?Bagaimana?
Bertahun kita jaga,belai,siram,bajai dengan segala yang terbaik...akhirnya kita lupa bahawa ia juga perlukan cahaya matahari untuk menyinari diri ia supaya ia sentiasa hidup dengan sihat...hidup dengan segar...hidup dengan penuh makna.
Tapi aku?....

Peluang...

Nak sentuh soal peluang hari ni.Tak tahu kenapa.Aku pun tak faham apa maksud peluang tu?Dalam konteks apa peluang tu harus ada dalam setiap kehidupan kita?Susah nak perjelaskan,tapi apabila terjadi sesuatu pada kita yang memberi kita pilihan, kita selalu mengharapkan akan ada peluang untuk kita lagi.
Soal peluang, tak semua yang mengharap diri mereka akan ada peluang.Tapi tak siapa yang taknak kalau diberikan peluang tu.Bagaimana peluang itu datang, terpulang pada ketentuan dan takdir masing2.Tak siapa yang menjangkakan bagaimana dan bila peluang itu akan hadir.
Masih mengharapkan peluang?
Berharaplah.

Selasa, 7 Julai 2009

Satu hari yang boring...

Hari ni masuk hari yang ntah ke berapa-rapa aku rasa keboringan yang teramat sangat.Entah kenapa...tapi memang terasa keboringan tu.Boring dengan hidup,mungkin.Atau boring dengan sesuatu yang terpaksa aku hadapi.Terpaksa.
Kadang sesuatu yang terpaksa kita hadapi,maka terpaksa lah kita hadapi.Suka atau tidak.Memang terpaksa.
Kerja,sosial,hidup...semuanya.
Salam untuk semua.