CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 14 April 2009

Lama tak update....

Hari ni terdetik nak update blog aku.lama giler tak update.kalu ada orang folo blog aku,mesti dia akan boring sebab blog tak ber-update.sorri laa...bukan taknak update,tapi tak berkesempatan.tambahan plak kesihatan tidak berapa mengizinkan untuk aku duduk lama2 kat kerusi ni.sakit belakang ni belum surut lagi...hasil daripada xtvt bermain pingpong untuk selection jabatan...tapi last2...hampeh...

stop kejap...nanti sambung lagi.

ok...sambung balik....

Sabtu ni,18hb...perlawanan kedua peringkat separuh akhir Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Paroi.Kekalahan pada perlawanan pertama 0-1 di Kota Bharu minggu lepas yang menyaksikan peristiwa hitam di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV,akan cuba diterbalikkan secara terhormat di Paroi nanti.Kelantan tidak terjejas dengan apa yang telah berlaku,malah akan lebih bersemangat untuk mencatat kemenangan kerana ini adalah peluang terbaik utk melayakkan diri ke peringkat akhir buat pertama kalinya.
Diiringi penyokong2 setia yang semestinya akan memenuhi setiap inci tempat duduk yang diperuntukkan utk penyokong pasukan pelawat,Kelantan tidak gentar utk berdepan dengan N9.Kelebihan 1 gol tidak menjamin N9 utk ke final kali ini.Kelantan akan berjuang sehingga wisel terakhir membawa harapan menggunung bahawasanya apa yg buruk tidak semestinya akan sentiasa berakhir dengan keburukan jua.
Nantikan keputusan yang akan menjawab segalanya.InsyaAllah aku akan mengikuti rombongan penyokong setia Red Warriors ke Paroi Sabtu nanti.