CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 22 Februari 2009

Terpaksa buat pilihan?Tersepit...

Hmmm aku paling tak suka berada dalam keadaan tersepit.Sape2 pun rasanya macam tu.Bila diberi pilihan antara sesuatu yang kita kena pilih...macamana agaknya nak selesaikan pilihan tu?Kadang2 kita terpaksa berkorban utk apa jua keputusan yg kita kena buat...tapi kadang2 benda tu memenatkan kepala otak kita jugak.
Hmmm masalah lagi la ni...tu lah kelemahan aku.MASALAH.

Sedih Aku Pedih...

28 Feb ni...Selangor vs Kelantan di Shah Alam.Perubahan jadual oleh FAM yang menyebabkan aku terseksa jiwa raga kerana pada tarikh tu aku ada komitmen lain. Ini antara perlawanan tumpuan buat masa ni.Tapi aku terpaksa lupakan sejenak (walaupun hati dan ingatan aku tetap berada di Stadium Shah Alam nanti) perlawanan tu.Aku mungkin cuma akan mendapat info game tersebut melalui sms dari kdners yang lain.Yang mungkin sedang meraikan kemeriahan ribuan penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam.Penyokong Kelantan berkunjung ke SSA untuk memberi sokongan moral dan semangat pada pasukan Red Warriors untuk mengatasi pasukan Red Giant.'The Red' manakah yang akan lebih berkuasa di persada liga?
Hati kecik aku sedih dan kecewa kerana aku KEMUNGKINAN BESAR 99% takkan dapat pergi ke SSA.Sesuatu yang aku amat2 nantikan walaupun kerenah FAM yang mengubah jadual asal sebenarnya telah mengganggu gugat aku pada komitmen lain itu.Kalau lah diberi keizinan,aku lebih suka untuk ke SSA menyaksikan perlawanan tersebut.Tapi bukan rezeki aku untuk ke SSA tahun ni.Sesuatu yang amat mengecewakan.
Kecewa.Apapun Kelantan tak terjejas walaupun tanpa kehadiran aku ke SSA.Aku bukan penentu kemenangan Kelantan,bukan juga penentu kekalahan Kelantan.Tapi bila tidak ada bersama merasai 'kenikmatan' perlawanan tu....kecewa la jugak.
Hmmm pada yang tak faham...takkan faham apa yang aku katakan ni.
Sekian je lah.

Rabu, 18 Februari 2009

Selangor VS Kelantan - 28 Feb. 2009




Ini adalah gambar semasa Kelantan vs Selangor dalam Piala Malaysia tahun lepas.Aku adalah salah sorang dalam ribuan penyokong Kelantan yang memenuhi Stadium Shah Alam.Walaupun Kelantan kalah 1-4 masa tu...tapi dari segi penyokong, penyokong Kelantan hampir atau menyamai penyokong Selangor. Kemeriahan sorakan penyokong Kelantan masa tu betul2 membakar semangat pemain Kelantan.Walaupun kalah,tapi moral dan semangat yang ditunjukkan mengatasi segalanya.
Dan semestinya 28hb Februari depan, satu lagi pertembungan hebat dan menarik bakal berlaku di Stadium Shah Alam. Kelantan, pendahulu Liga Super buat masa ini,akan berdepan dengan cabaran tuan rumah, Selangor dalam perebutan tangga teratas liga. Kemenangan akan menyaksikan Kelantan akan menjarakkan diri pada 6 mata dengan Selangor. Tapi jika Selangor menang, kemungkinan Kelantan akan turun ke tangga kedua berdasarkan perbezaan gol. Walau bagaimana pun, dengan sokongan padu penyokong Kelantan di serata Lembah Kelang yang dijangka memenuhi Stadium Shah Alam Sabtu depan, saingan sengit pasti dijelmakan oleh barisan terbaik Peter Butler. Kelantan akan meneruskan rentak kemenangan buat kali ke 7 berturut2 dengan mengekalkan sebagai satu2nya pasukan yang belum pernah tewas setakat ini (tidak mengambil kira kekalahan percuma Kelantan menentang pasukan ke 15 liga iaitu FAM).
Dengan semangat dan emosi yang menyala2 sekarang, dengan seluruh sokongan dan doa penyokong dan peminat Kelantan keseluruhannya....Selangor akan terkulai lagi di arena sendiri...InsyaAllah.
!! GOMO KELATE GOMO !!

Suka tegur orang...tapi diri sendiri?

Salam...
hehehe semalam kak jumir datang ofis...sajer nak nyakat,aku pun tanya dia "kak jumi,kenapa tak update blog?bil streamyx tak bayar ke?" haha laser jer aku bertanya. Sedangkan aku baru sedar yang aku pun sebenarnya dah lama tak update blog aku sendiri.Hari ni, Cik Bani plak tegur aku...hahaha.Sebenarnya aku bukan taknak update blog ni,tapi sekarang tengah busy yang dibuat-buat busy supaya aku lalai dengan permasalahan yang melanda aku sekarang.Masalah?Ya.Masalah.Tapi takyah la bagitau apa masalah aku tu.Bukan taknak berkongsi,tapi kadang2 tak semuanya patut dikongsikan...ye tak?

Memang penat dan tenat otak aku nak pikir masalah tu.penat sebab dah habis ikhtiar macamana nak selesaikan dan tenat sebab sampai sekarang takde penyelesaian.

Hmmm entah lah...selama mana termampu aku hadapi,aku akan terus hadapi.Masalah tetap akan menjadi masalah selagi ia adalah masalah.

Selasa, 3 Februari 2009

Bila sampai masanya...

Pagi tadi, enee ada kol aku..sembang skit selepas lama tak bersembang panjang. skit sebanyak bertanyakan dirinya yang telah kehilangan ibu tersayang akibat kanser hati 2 minggu lepas. "...hmmm suatu kekurangan yang terasa tetapi tak berdaya nak dihalang atau di ubah.."
Aku pun terfikir, bagaimana aku akan menhadapi hari2 dan perasaan yang sama dengan orang lain...ibu (mama) akan meninggalkan kita dahulu (atau kita yang meninggalkan ibu dahulu)...seriusnya aku hanya kenal mama aku. walaupun ayah aku meninggal ketika umur aku dalam 4 tahun, tetapi tidak ada sekelumit pun kenangan yang mampu aku ingati ketika ayah masih hidup. aku mungkin terlalu kecil utk mengingati sesuatu perkara yang sekarang ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yg amat besar dan berharga. Pada aku...mama aku adalah segalanya. setiap kali aku berusaha utk tidak pernah menyakiti hati dan perasaan mama aku walaupun aku tahu aku bukanlah anaknya yang baik.
masa aku di kolej...mama penah masuk wad kerana darah tinggi/kencing manis...tapi mama pesan pada semua supaya jangan bagitau aku yang mama masuk wad masa tu.alasan mama, aku sedang final exam (kalau tak silap..).bila aku dapat tahu...terus aku balik dan melawat mama di hospital. dalam perjalanan, sedikit rasa kecewa kerana mama tergamak tak bagitau yang dia masuk wad kerana sakit...tapi bila difikirkan mama mungkin taknak mengganggu aku...aku sedar yang aku tak boleh nak sedikit pun rasa atau fikir yang bukan2 pada mama.
aku terlalu sayangkan mama aku. dan aku tahu semua manusia yang waras di dunia ni pun akan menyayangi ibu masing2. ibu hanya seorang...tidak akan ada pengganti. selama ibu masih ada, hargai lah sedaya mana kita termampu. pada aku juga, aku sentiasa ingatkan diri...mama adalah mama.tidak akan ada mama lagi selepas mama tiada.
apa aku nak fikir bila sampai masanya itu?

Boring yang teramat sangat....

Semenjak dua menjak nih...rasa boring yang teramat sangat. Sindrom 'Monday sick' melampau2 sekarang nie...cuti panjang best...yang tak best bila nak start kerja balik...nak dapat balik mood kerja tu susah betul sekarang ni...psiko betul la...